Mohd Roslan Ahmad mendapat kelulusan pensijilan dalam bidang Pembangunan Pembuatan Seramik dari Pusat Teknologi Pembuatan Kraftangan Malaysia pada tahun 1982. Beliau juga turut mendapat pengiktirafan pensijilan dalam Teknologi Pembangunan Saduran dan Pembuatan dari NITC, Nagoya, Jepun pada tahun 1988. Beliau pernah bekerja sebagai Penolong Penyelidik Kanan dalam Pasukan Teknologi Seramik, Struktur Material, Program Material Utama, SIRIM Berhad. Roslan lebih memfokuskan pembuatan tanah liat dalam perkakasan tembikar, porselin dan perkakasan tembikar China dalam kategori rekaan produk, rekaan prototaip dan percetakan. Beliau pernah memenangi tempat ketiga dalam Karya Seni Kreatif Kebangsaan PNB di Kuala Lumpur. Berpengalaman luas dalam bidang seramik dan teknologi rekaan, Allahyarham Mohd Roslan Ahmad turut melibatkan diri dalam pelbagai kajian dan pembangunan rekaan seramik. Beliau juga telah turut serta melibatkan diri dalam beberapa siri pameran seramik. Hasil kerja beliau telah dikumpul secara peribadi oleh peminat seni seramik dan juga dari institusi awam dan swasta. Tujuan pameran seramik ini dianjurkan adalah sebagai sebuah penghargaan kepada Allahyarham Roslan Ahmad. Antara seramik-seramik yang dipamerkan adalah dari siri Gerobok 1-5, siri Collapse 1-3, Set Tea Pot China, Tea Pot Dragon 1-2 dan sebagainya. (1963-2015)